Bocoran (media)

Beberan ([bé.bé.ran];[1] Bahasa Inggeris: spoiler) adalah tulisan atau keterangan yang menyatakan (atau membeber)[1] jalan sesuatu cerita reka lalu menyingkap atau membuka segala apa yang terahsia atau tersembunyi[1] mengenai kandungan cerita tersebut daripada pengetahuan penonton secara keseluruhan. Maka, sesiapa yang tersempak mengenai maklumat yang "membeberkan" suatu cerita ini akan merasakan kesenangan membaca cerita tersebut berkurangan kerana hilangnya rasa dramatisasi atau ketegangan yang ditimbulkan oleh cerita tersebut. Biasanya dalam media massa mahupun Internet, beberan disembunyikan dengan cara tertentu sehingga ia hanya dapat dibaca oleh sesiapa yang ingin melihat beberan tersebut.